Monday, 28 November 2011

New Life ..

lame tak jenguk blog aku nieyh , so now nak cerita .. aku dah pun mulakan kan 
hidup baru wif orang yang aku sayang MOHD RASHIDI , dia pun dah janji takkan 
ulangi kesilapan yang lepas . Alhamdulillah :) Arini aku kat muar .. selesai sudah
pekahwinan sister aku yang kedua , Ida and Abg Ijam ,, bahagia je tengok dorang .
hopefully aku pun . hehehe , btw azam tahun baru nanti aku akan buat yang terbaik 
untuk mama and papa aku . Umur camni baru nak insapppp . Hahahah , sokay lah .
dari taknak berubah terus , ermmm , apa lagi nak cerita ek ,, aku sebenarnye bosan ni
dah hampir sebulan kat Muar , apa agak nye si dia buat , harap2 okay jelah ,, maklumlah jauh .
so sampai disini jelah coret2conteng aku =)
 salam MaalHijrah ...


Tuesday, 13 September 2011

Family ?


Ada masanya ketika kita teringat dan ingin mengenang kembali nilai-nilai moral dan budi pekerti yang diajarkan, semangat perjuangan yang diwariskan, teladan yang diberikan, serta jasa-jasa dan perjuangan orangtua atau orang-orang terkasih dalam hidup kita.
Ada kalanya muncul keinginan untuk terus menghidupkan nilai-nilai dan mutiara kebijaksanaan orangtua kita ke generasi-generasi selanjutnya. Sebab, tidak ada pengajaran budi pekerti dan teladan terbaik selain dari riwayat hidup para pendahulu kita.
Ada kalanya yang kuat tersimpan dalam kenangan justru luka-luka kehidupan yang tak termaafkan. Padahal, semua peristiwa tragis, peristiwa pahit, perselisihan, pertentangan, atau peristiwa yang menimbulkan luka itu, tetaplah merupakan bagian dari sejarah hidup orang-orang terkasih kita yang tak terelakkan. Setiap zaman memiliki kekuatan dan kelemahannya sendiri-sendiri, begitu juga mereka pelaku-pelaku sejarah di dalamnya.
Sesungguhnya, seburuk apa pun peristiwa itu, sepahit apa pun luka yang ditimbulkannya, sekuat apa pun dendam yang muncul karenanya, tetaplah ada hikmat dan pelajaran berharga di sana. Mereka sedang menanti di belakang peristiwa-peristiwa itu, untuk kemudian menyapa kita dengan kearifan dan kesempurnaan akan nilai cinta kasih.

En Ismail dan sekeluarga >,<





Wednesday, 7 September 2011

10-perkara-yang-lelaki-tidak-suka-tetapi-perempuan-buat-jugak!!


1. Cepat berubah fikiran. Hari Isnin..kamu suka kat dia. Hari rabu kamu minat kat orang lain. Masuk hari Jumaat kamu dah lupa nama mamat yang hari Isnin. Peh..gila tuh. You all bakal digelar Miss Playgirl.
2. Membanding diri dengan orang lain. Kalau si dia minat kat kamu, dia takkan pandang sangat awek lain. Percayalah. Takyahlah susah-susah nak tolong promote orang itu..orang ini. Orang tu lawa la..tu la. Yang penting KAMU.
3.Bercanggah pendapat. Kalau dia minta pendapat, jangan ragu-ragu utk mengeluarkannya. Tapi, sebelum keluarkan hujah pastikan dia berada dipihak mana. Seboleh mungkin jangan sampai menyinggungnya.
4. Terlupa temujanji. Kalau dah berjanji, janganlah sesekali lupa. kalau terlupa percayalah dia akan rasa macam tak dihargai dan tidak penting dalam hidup kamu.
5.Riak. Kalau kamu baru dinaikkan pangkat dan si dia memuji… pastikan kamu tidak riak bertahun-tahun, dikhuatiri si dia akan terasa tak setaraf ngan kamu plak. Cukuplah utk sejam dua sahaja.
6. Berkira soal berat badan. Kalau si dia mengorder burger paling besar atau ayam goreng 2 set + kentang besar+ milkshake jangan larang atau tegur. takyahlah nak cerita pasal lemak, kolestrol. lelaki ni kalau bab makan memang berkira.
7. Pura-pura tak tahu. Ini memang berlakon tahap bengong ! Takkan la lansung tak kenal Brad Pitt semata-mata nak jaga hatinya. tak salah jika sesekali tunjuk bijak.
8.Malas buat keputusan. Si dia buntu. Cadangan kamu?” Entah la I pun tak tau! ” Hello bangun dan bukak akhbar. Cuba beri cadangan yang baik. Si dia bukan tukang buat keputusan 24 jam sajer. Bila sesekali kamu buat keputusan gempak… dia mungkin makin sayang.
9. Kurang sopan. Tanyalah mana-mana lelaki, mesti dia tak pilih wanita yang kurang sopan. Kalau ada sifat Hot Tamper..cuba belajar control. Ada sesetengah jenis kekasih mungkin dah memahami, so boleh tolak ansur. Tapi kalau jenis tak leh tolak ansur… ..
10.Tak mengaku kelemahan. sesekali kena mengaku kelemahan sendiri. Jangan dok maintain ayu jer… Lambat laun terbongkar gak. Percayalah… kalau kamu mengaku kelemahan diri, si dia bukan anggap itu satu kecacatan tapi satu kelebihan kerana sanggup mengaku. 

Sunday, 7 August 2011

Shopping And Family Tyme

Semalam hari paling best . kami decide nk g epoh ..so kul 10 dah gerak ..
tempat pertama ia IPOH PARADE .. huhu , lenguh kaki . aku nampak melayu kita makan gamble je
ush2 ... tak takut ke?? kat situ , ade Vior , Soda , Body Glove , Bottoon , Google .. mcm2
lah .. samapi pening tgk barang2 ..habis shopping situ aku trus otw ke JUSCO.
perghhhhhhhhh... ramai gila . cari park setengah jam .. giler betul .. walau un puasa tetap ramai orang datang.
masuk2 .. patut lah ..pesta ape tah .. heheheh , bila smpai JJ g PDI jelh ..
nak pergi laen2 to tgk je dulu .. sebab duit Papa kan =) hehehehehe ..
bila nak balik je , plan nak g Pizza , tapi tibe2 da samapi ..pizza close!! 
perghhhhhhhh, hampe gueeee.. last2 mama cakap jum makan tunjuk2 .. so g lah Pasar ramdhan...
btw , MEMANG HAPPY N SYIOKKKK..

Monday, 7 March 2011

GEMINI SAHAJA


RUMAHTANGGA
 Dalam rumah orang Gemini kelihatan agak cerewet . Anda cenderung supaya pasangan dan anak – anak menerima ukuran keinginan yang anda tetapkan . Jika ini tidak dipatuhi , anda mudah merungut dan mengkritik. Namun , orang Gemini merupakan keluarga yang baik dan suka melayan keluarga dengan cara yang praktikal dan berfaedah . Rumah Gemini menyenangkan dan meransangkan . Anda berkeupayaan bertukang dan mengemas . Kalau di rumah, ada sahaja yang anda lakukan supaya kelihatan terlalu sibuk selalu! Gemini memahami perasaan anak – anak dan mesra dengan mereka . Sebagai orang yang mahir berkomunikasi Gemini berkebolehan menjelaskan sesuatu dan perkara kepada anak – anak , dan sudah tentunya mendapat kasih sayang dan rasa hormat daripada anak – anak . Sesuai dengan pepatah ‘ bapa borek anak rintik ‘ , orang Gemini juga menggalakkan anak – anaknya supaya sekreatif dan suka berbual sepertinya .

PERHUBUNGAN
Orang yang bernaung di bawah zodiak Gemini adalah pecinta kebebasan tetapi seorang yang pembosan . Dalam pergaulan , Gemini suka bertukar – tukar kawan dan pasangan sehingga dia bertemu dengan kawan / pasangan yang sesuai.
Pendamping yang sesuai bagi Gemini adalah seseorang yang bijak dan memahami cita rasa Gemini yang sentiasa berubah – ubah.ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan TAURUS ( 21 April – 20 Mei ) adalah pasangan yang tepat buat anda , manakala CANCER ( 21 Jun – 20 Julai ) dan VIRGO ( 22 Ogos – 22 September) bukanlah pasangan yang ideal bagi Gemini.
Gemini , yang mempunyai daya pesona yang dapat meluluhkan hati seseorang , terutama Aries. Ketangkasan , kepintaran dan kelincahan Gemini adalah merupakan ciri – ciri yang disenangi oleh Aries . Sebaliknya, Aries sendiri juga adalah pendamping yang setia dan penuh perhatian buat Gemini . Taurus yang tenang adalah pasangan yang tepat buat Gemini . Keperibadian Taurus yang kuat , matang dan sentiasa melindungi , dapat menguruskan sifat Gemini yang pembosan dan mudah berubah – ubah .
Manakala , sifat Gemini yang sentiasa berubah – ubah ini menyebabkan anda sukar berdampingan dengan Cancer yang sifatnya juga demikian . Namun , Cancer adalah jenis yang setia orangnya ! Dengan Virgo yang dingin sifatnya , juga kurang sesuai bagi Gemini . 

KERJAYA
Gemini perlu sedar anda di anugerah kemahiran berkomunikasi yang tinggi . Dengan kemahiran ini , anda berupaya memindahkan hasrat dan matlamat dalam diri kepada dengan orang lain secara logik . Kaedah pemindahan ini menjadikan orang Gemini sangat menonjol dalam kerjaya yang melibatkan penulisan , pendidikan , perjualan dan kewartawanan . Banyak contoh yang melibatkan orang Gemini , terkenal sebagai penyajak , pelukis , pemuzik dan ahli sufi . Sehingga kini , pencapaian yang tertinggi bagi orang Gemini ialah untuk mengajar kebenaran, sama ada bidang sains atau sejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan orang berzodiak Gemini adalah pembawa ilham yang mengagumkan ! Minda Gemini selalu berisi dengan berfalsafah hidup yang meransang minda orang lain .Dari segi kewangan, Gemini cenderung mengambil berat terhadap kekayaan pembelajaran dan idea daripada kekayaan kebendaan . Gemini gemar membuat perbincangan atau ‘tawar – menawar‘ dalam perkara yang melibatkan kewangan. Anda boleh memperolehi wang dengan banyak cara . Oleh sebab itu , sikap kewangan dan keinginan anda nampaknya berubah dari hari ke sehari.Perasaan terhadap wang ringgit juga turut berubah ; kekadang anda sangat ceria dengan wang , tetapi pada ketika yang lain , anda seolah – olah tidak mempedulikan wang ! Pada keseluruhannya , matlamat kewangan kerap di anggap sebagai cara untuk membantu keluarga.


kerana diriku begitu berharga !!